fbpx

Arsenal akan ‘langgar kawasan’ Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Arsenal perlu menang untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga menjelang aksi menentang Newcastle di Stadium St. James Park malam ini.

LONDON – Arsenal tiada pilihan lain kecuali perlu tampil lebih agresif berbanding apa yang pernah dipamerkan pada aksi terakhir di St. James’ Park tahun lalu yang menyaksikan mereka tewas 2-0 kepada Newcastle United.

Kekalahan tahun lalu memberi kesan kepada Arsenal untuk memburu tempat ke Liga Juara-Juara dan kali ini kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagi di venue sama, malam ini dan kemenangan wajib diraih The Gunners untuk menghidupkan harapan bagi menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ujian kali ini pastinya lebih mencabar buat Arsenal memandangkan tuan rumah cukup kebal di laman sendiri apabila hanya tewas sekali dalam enam aksi terakhir di St. James’ Park.

“Ia perlawanan yang berbeza kerana tahun lalu, aksi itu dimainkan oleh pemain berbeza. Kami akan ke sana untuk bermain lebih baik berbanding apa yang pernah kami tunjukkan.

“Kami tahu ianya cukup sukar kerana Newcastle cukup hebat ketika bermain di tempat sendiri,” kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta yang sekadar berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan pada pertemuan pertama di Emirates, Januari lalu.

Ketika ini, The Gunners tidak lagi boleh tercicir mata untuk terus beri tekanan kepada Manchester City ketika The Citizens masih kurang satu perlawanan berbanding Arsenal.

Mengulas aksi yang berakhir 0-0 Januari lalu, Arteta akui anak buahnya lebih berhak untuk dapatkan kemenangan tetapi akui kualiti yang ada pada rakan sejawatnya, Eddie Howe.

“Kami berhak menang tetapi kami gagal lakukannya. Newcastle juga pasukan yang bagus dan dilatih oleh pengurus yang hebat dan mereka sebenarnya buat masa ini mereka sebenar­nya layak untuk berada di tempat ketiga.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI