fbpx

Amazon, Geely: Pelabur yakin dengan Kerajaan Perpaduan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aisha Nut Sofia, 8, dan adiknya, Alisa Nur Dahlia, 6, didukung ayah mereka Luqman Hakim Abdul Halim, 35, mendapatkan tandatangan Anwar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Negeri Sembilan di Wisma MBS, Seremban, hari ini. - Foto oleh SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Pelabur luar dilihat berminat untuk melabur di negara ini setelah Kerajaan Perpaduan dibentuk, kata Perdana Menteri, Datuk Seri, Anwar Ibrahim.

Tegas Anwar lagi, pelaburan syarikat automotif Geely dan Amazon Web Service di negara ini adalah berdasarkan keyakinan syarikat berkenaan dengan kestabilan politik negara ini.

“Mereka yakin dengan pimpinan dan kestabilan, yakin dasar dan masa depan Malaysia, itu sebab sangat penting kita tekankan kestabilan politik.

“Ada menteri-menteri dulu yang katakan itu adalah dasar mereka, saya tidak nafikan ada yang memujuk dan pergi ke Amazon, tetapi mengapa Amazon tidak jawab? Jawab hanya setelah Kerajaan Perpaduan dibentuk dan kita stabil, baru mereka datang ke sini.

“Kestabilan politik itu mesti kita pertahankan, sebab itu ada ura-ura mahu ambil alih (kerajaan) saya katakan boleh, Parlimen akan bersidang, saya cadangkan mana-mana orang, Ahli Parlimen, mana-mana parti yang rasakan mereka mahu ajukan undi tidak percaya, silakan dan kita akan bertempur di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Forest Heights, di sini, hari ini.

Jelas Anwar lagi, cabaran bertempur di Parlimen itu adalah bagi mematikan keluh kesah soal kestabilan politik dalam negara dan seterusnya tumpuan diberikan bagi menjaga dan membela kebajikan rakyat.

“Jika tidak riuh rendah, bisik sana bisik sini, 126, 114 , ini apa, dan saya berikan laluan, dahulu mahu bawa usul tidak boleh kerana Perdana Menteri dahulu isytiharkan darurat dan kemudian gantung Parlimen.

“Perdana Menteri sekarang, saya tidak gantung Parlimen, tidak ada darurat, lawan di Parlimen, itu baru cara kita tadbir, sebab apa? kita mahu matikan keluh kesah soal kestabilan politik ini, supaya tumpun membela nasib rakyat dan jaga kebajikan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI