BESUT – Agrobank menyumbang RM200,000 untuk program Inkubasi Usahawan Tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) kelolaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Aminuddin Amenon berkata, pemberian sumbangan menerusi dana zakat itu adalah sokongan terhadap program pembangunan usahawan tani dalam kalangan siswazah. “Program Inkubasi Usahawan Tanaman MMT ini mempunyai 10 peserta yang merupakan pelajar dan graduan UniSZA dalam kalangan asnaf. “Peruntukan RM200,000 itu bukan sahaja meliputi peralatan pertanian malah latihan keusahawanan dan pemasaran kepada peserta,” katanya pada majlis penyampaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya