fbpx

2,871 saman JPJ di Kelantan dalam tempoh 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 2,871 notis saman melibatkan 3,417 kesalahan dikesan sepanjang penguatkuasaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) dalam tempoh 10 hari pada bulan lalu.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, kesalahan tertinggi yang dikesan bermula 18 hingga 27 April lalu itu antaranya tiada lesen memandu, memandu kenderaan tanpa lesen dan kenderaan motor.

Menurutnya, selain itu, pihaknya turut mengesan pengguna jalan raya tiada perlindungan insurans, memotong garisan berkembar, memotong barisan, membawa lebih muatan atau muatan bahaya dan kesalahan teknikal.

“Dalam pada itu, sebanyak 39 buah kenderaan yang melakukan kesalahan berkaitan tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor, tiada perlindungan insurans dan pemandu warga asing turut disita.

“Kesemua notis saman itu dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah dibawahnya,” katanya pada sidang akhbar sempena Sambutan Aidilfitri JPJ di Akademi JPJ Wilayah Timur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Misuari memberitahu, penggunaan dron untuk pemantauan trafik sepanjang Ops HRA masih dilaksanakan.

Menurutnya, menerusi teknologi itu, sebanyak 207 kes kesalahan memotong barisan dan 108 kes kesalahan melanggar lampu isyarat merah dikesan.

“Selain itu, 24 kes masing-masing melibatkan kesalahan topi keledar (18), memotong di garisan berkembar (empat) dan lain-lain kesalahan (dua) turut dikesan dengan menggunakan dron,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI