fbpx

1,900 jemaah haji Pahang terima RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy melambaikan tangan kepada jemaah haji di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Rezeki buat 1,900 jemaah haji apabila buat julung kalinya kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM500 setiap seorang.

Sumbangan itu adalah inisiatif kerajaan negeri melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kluster jemaah haji yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, insentif berkenaan akan diteruskan pada tahun akan datang dengan permulaan pemberian sebanyak RM500 terbabit.

“Kita pastikan kedudukan kewangan kita dan kita bermula dengan RM500, lazimnya apa yang kita buat (sebelum ini), kita akan teruskan.

“Untuk bantuan (BPP) kali ini, kerajaan negeri memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi bakal haji dari Pahang,” katanya selepas merasmikan Kursus Perdana Haji dan Penyampaian Bantuan Haji Peringkat Pahang di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.

Tambahnya selain pemberian wang tunai, bakal jemaah haji turut dibekalkan dengan pek makanan segera Juadah Makmur dengan peruntukan bernilai RM84,000.

Jelasnya, setiap jemaah akan menerima tiga set menu antaranya ayam masak kurma atau kari, nasi dan nasi lemak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI