fbpx

[VIDEO] Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng sumbang pingat pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wei Theng meraikan kemenangan bersama penyokong Malaysia di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

PHNOM PENH – Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat pertama di Sukan SEA Kemboja 2023 menerusi Yoong Wei Theng dalam acara larian berhalangan 100 meter (m) individu yang berlangsung di Pusat Konvesyen Chroy Changvar, Phnom Penh sebentar tadi.

Wei Theng yang berjaya mara ke penentuan pingat gangsa ketika pusingan kalah mati Rabu lalu dengan catatan 26.549 saat(s) berdepan dengan wakil tuan rumah, Ol Saoheang.

Kesilapan Saoheng yang terjatuh ketika awal larian memberi kelebihan buat Wei Theng untuk meninggalkan jauh lawannya itu untuk menamatkan saingan dengan catatan 28.234s untuk membawa pulang pingat gangsa pertama untuk kem Malaysia di temasya sukan dwitahunan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI