fbpx

[VIDEO] Sukan SEA Kemboja 2023: Wan Athirah raih pingat gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Athihrah (kanan) menerima kilauan pingat gangsa yang dimenanginya sebentar tadi. Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI/KOSMO!

PHNOM PENH: Atlet lari berhalangan wanita negara, Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzi turut diberikan ‘hadiah’ saat akhir apabila diumum berkongsi kedudukan pingat gangsa temasya Sukan SEA Kemboja 2023 dalam acara larian berhalangan 100 meter (m) individu di Pusat Konvesyen Chroy Changvar, Phnom Penh sebentar tadi.

Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzi bagaikan tidak percaya apabila turut diberikan pingat gangsa temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Keputusan saat akhir itu menyaksikan Wan Athirah menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen Malaysia.

Pada saingan penentuan tempat ke-3 kategori wanita, Wan Athirah tewas kepada wakil Indonesia Anggun Yolanda Samsul Hadi yang merekodkan masa 39.598s berbanding catatan yang dilakukannya 41.724s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI