fbpx

Tiada Ahli Parlimen BN akan kosongkan kerusi – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka UMNO Perak di Lenggong hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

LENGGONG – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada Ahli Parlimen BN akan mengosongkan kerusi disandang sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, beliau mengesahkan perkara itu selepas melakukan siasatan terhadap semua Ahli Parlimen BN.

“Saya telah melakukan kaji selidik ke atas tiap-tiap seorang Ahli Parlimen (BN). Saya ingin mengesahkan tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN apatah lagi daripada UMNO yang mahu meninggalkan dan mengosongkan kerusi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Perak di Dewan Besar, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, BN sangat komited untuk terus bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut menafikan bakal melancarkan Kempen Sayangi DAP sebagaimana yang tular di media sosial.

“Siapa yang pandai buat fitnah itu? Siapa yang kerja yang tak tentu hala itu? Sempena dengan bulan Syawal ini bertaubat cepatlah, mohon maaflah. Kerja-kerja fitnah ini hentikanlah.

“Zaman sekarang ini orang boleh baca siapa buat fitnah atau cerita fitnah dan siapa yang buat cerita yang betul,” katanya.

Berkenaan rayuan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang merayu agar penggantungan keahliannya dari UMNO ditarik balik, beliau berkata, ia akan dirujuk kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI