fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Hilang fokus punca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-22 negara berdepan misi wajib menang ke atas Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan B, Isnin ini. - Foto ihsan FAM

PHNOM PENH – Kegagalan memberikan tumpuan penuh menjadi faktor utama skuad bawah 22 (B-22) negara tewas 0-2 kepada Thailand dalam aksi kedua Kumpulan B temasya Sukan SEA Kemboja 2023 petang tadi.

Pada aksi di Stadium Prince itu, skuad Gajah Perang tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata berharga hasil jaringan Anan Yodsangwal dan Yotsakon Burapha.

Ketua jurulatih skuad B-22, E. Elavarasan percaya barisan pemain negara telah menunjukkan perkembangan positif walaupun mereka kini berdepan tugas getir apabila perlu menewaskan juara bertahan, Vietnam, Isnin nanti

“Malaysia bukanlah pasukan yang lemah. Kami memulakan permainan hari ini dengan baik bolos satu gol tetapi selepas itu barisan pemain mula hilang tumpuan.

“Kalau kita dapat gol pun semangat akan naik juga dan dengan keadaan cuaca (panas) macam ini, siapa yang jaringkan gol dulu mereka akan dapat fokus untuk bertahan.

“Paling penting mentaliti pemain kami, mereka mahu bermain, mereka mahu menang dan saya yakin perlawanan seterusnya kami akan buat lagi baik,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Ithsara Sritharo mengakui sangat gembira dengan keputusan yang diraih tetapi menganggap slot ke separuh akhir masih belum terjamin buat mana-mana negara.

“Ini adalah kemenangan hasil daripada usaha pemain. Selepas ini kami perlu melihat keadaan pemain dan kemungkinan kami perlu melakukan penggiliran pemain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI