fbpx

Strok haba: KBS arah atlet patuhi garis panduan KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam (tengah) bersama peserta Program Bukit Melawati Lebarun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor, pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Semua atlet negara termasuk dalam sukan profesional diarah mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelak risiko serangan strok haba.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, pihaknya mengikuti saranan KKM supaya mengurangkan aktiviti luar ketika cuaca panas.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menetapkan garis panduan yang mesti dipatuhi semua atlet seperti mengelak latihan luar pada waktu siang.

“Kita memang terpaksa menghentikan beberapa aktiviti dan hanya memberi tumpuan kepada latihan biasa pada waktu malam atau pagi.

“Selain itu, kementerian menasihatkan golongan muda terutama murid dan pelajar sekolah tidak bersukan ketika cuaca panas,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelepasan Program Bukit Melawati Lebarun 2023 di Dataran Malawati di sini, pagi tadi.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan arahan larangan sebarang aktiviti luar termasuk kokurikulum murid dan pelajar sekolah bagi mengelak serangan strok haba.

Satu pekeliling yang berkuatkuasa serta merta itu mengarahkan semua guru besar dan pengetua sekolah di seluruh negara mematuhi garis panduan terbaharu berkenaan termasuk aktiviti sukan, perkhemahan dan merentas desa.

Tambah Adam Adli, ketetapan itu akan diguna pakai sehingga mendapat nasihat daripada KKM dan keadaan cuaca kembali pulih.

“Garis panduan itu akan dipantau secara berterusan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Isu keselamatan menjadi keutamaan kerana kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN