fbpx

Status rumah tangga ‘tergantung’, Engku Emran, Fiza Halim bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Engku Emran menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia menjalin hubungan cinta dengan selebriti, Fiza Halim.

PETALING JAYA- Biarpun status rumah tangganya bersama kakak Neelofa. Noor Nabila masih menjadi tanda tanya, ahli perniagaan, Engku Emran kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa bercinta dengan pelakon dan penyanyi, Fiza Halim.

Dakwaan tersebut tular apabila Engku Emran memuat naik video dalam TikTok menunjukan keberadaanya berrsama dua remaja perempuan yang dikatakan anak kepada pemilik nama lengkap Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim itu.

Video turut disertakan dengan lagu Setinggi Syurga nyanyian kumpulan In-team meninggalkan banyak tanda tanya dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen mula berspekulasi mengaitkan hubungan terkini bekas ahli kumpulan Elite itu bersama Engku Emran.

Malah, ada juga yang tampil menggelar Engku Emran sebagai ‘Playboy Halal’ kerana sering bertukar-tukar pasangan terutamanya dalam kalangan selebriti.

Sehingga kini, percubaan Kosmo! Online untuk mendapatkan respons Fiza masih gagal apabila panggilan dan WhatApps tidak dilayan.

Sebelum ini, kontroversi melibatkan rumah tangga Engku dan Nabila menjadi tumpuan apabila ibu kepada Jebat Jayden tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya dalam laman sosial.

Lebih menguatkan spekulasi keretakan rumah tangga apabila Nabila mengerja umrah hanya bersama keluarga dan anak anak tunggalnya tanpa kelibat Engku Emran.

Bahkan, Engku juga tidak kelihatan dalam gambar raya bersama keluarga usahawanita itu.

Sebelum bersama Nabila, Engku pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Dia juga pernah mendirikan rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 dan turut berpisah pada 2020. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI