fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad wanita tewas tipis kepada Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain negara, Nur Lyana Soberi berusaha untuk merampas bola pada aksi menentang Filipina sebentar tadi. - Foto ihsan FAM

PHNOM PENH – Skuad bola sepak wanita kebangsaan hampir membuatkan pasukan bertaraf bintang, Filipina ‘berputih mata’ sebelum tewas 0-1 pada aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Army itu, skuad Malayan Tigress kendalian Soleen Al-Zoubi mempamerkan semangat juang tinggi untuk menafikan cabaran jaguh Asia Tenggara itu.

Pasukan Filipina dilihat agak bergelut untuk menembusi benteng pertahanan skuad negara yang diketuai kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur selain penjaga gol, Nur Ezza Ashikin turut cemerlang menepis setiap percubaan lawan.

Ketika saingan seperti berkesudahan 0-0, Filipina merentap emosi pemain negara apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan hasil tandukan Sarina Isabel Calpo menerusi gerakan set piece.

Kekalahan 0-1 itu menyaksikan skuad negara memerlukan keajaiban untuk mara ke peringkat separuh akhir temasya dwitahunan kali ini selepas turut tewas kepada Vietnam 0-3 pada perlawanan pertama, Khamis lepas.

Soleen akan melengkapkan jadual pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A menentang Myanmar pada Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI