fbpx

Seorang Inspektor, 5 anggota IPD Jerantut ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan melibatkan kes rasuah di Mahkamah Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima anggota polis dan seorang pegawai berpangkat inspektor kerana disyaki menerima rasuah bernilai RM5,000.

Suspek yang berumur antara 29 hingga 46 tahun itu ditahan ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM Temerloh di sini petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian Rabu lalu enam suspek daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Jerantut itu dikatakan meminta wang sebanyak RM5,000 bagi menyelesaikan kes serbuan melibatkan air ketum di sebuah rumah di Jerantut.

Pendaftar Mahkamah Temerloh Mohamed Shah Reza Noor Azman memerintahkan tahanan reman selama enam hari ke atas kesemua suspek.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI