fbpx

Pemandu treler lari selepas gilis penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Honda RS-X milik mangsa yang digilis di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar, Perak, semalam.

KUALA KANGSAR – Seorang penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah selepas digilis kenderaan berat disyaki sebuah treler di Kilometer (KM) 245.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

Kejadian sekitar pukul 11.55 malam itu mengorbankan Muhammad Azren Azih, 24, yang beralamat di Kampung Senggang, Kuala Kangsar, Perak.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda RS-X ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tembok batu di sebelah kanan laluan dan menyebabkan kenderaan itu jatuh terseret ke sebelah kiri.

Katanya, pada masa yang sama datang dua buah motosikal masing-masing ditunggang lelaki berusia 22 dan 24 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa sebelum kedua-duanya jatuh ke tepi kiri jalan.

“Tidak lama kemudian, sebuah kenderaan dipercayai treler yang sedang mara di lorong kiri tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.

“Kenderaan itu bagaimanapun tidak berhenti dan terus beredar dari lokasi kejadian. Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurut beliau, dua lagi penunggang motosikal yang mengalami kecederaan di kaki dan badan telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat mangsa cuai mengawal motosikal sebelum terjatuh dan digilis treler berkenaan.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan pemandu treler terbabit dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI