fbpx

Mayat lelaki ditemui terapung dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menaikkan mayat seorang lelaki ke tebing Sungai Tambun Tulang, Kangar hari ini.

KANGAR – Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Tambun Tulang berdekatan Kilang Padi Maju, Simpang Empat dekat sini kira-kira pukul 3 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, mayat tersebut tidak berbaju dan hanya berseluar panjang warna kuning.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kenderaan di sekitar lokasi mayat ditemui selain tiada sebarang indentiti serta kad pengenalan diri pada tubuh badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yusharifuddin berkata, tiada mana-mana individu mengecam mayat tersebut ketika dibawa ke tebing sungai sebelum mayat itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah untuk bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik.

Kata beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut buat masa ini dan individu yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Balai Polis Simpang Empat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI