fbpx

MAFS usaha laksana sistem data raya bekalan sayur tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (dua dari kanan) menyantuni pengunjung rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Raja di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kemuning Utama, Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mencuba melaksanakan sistem data raya bekalan sayur negara pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika ini pengumpulan data dan pandangan semua pihak sedang dikumpul bagi memastikan keberkesanan sistem data raya itu.

Katanya, menerusi sistem itu membolehkan tanaman sayuran yang perlu ditanam bagi mengelakkan kes lambakan timun sehingga menyebabkan harga sayuran itu menurun.

“Saya lihat di negeri China, sistem ini amat memberikan manfaat kepada rakyatnya (termasuk pekebun). Kita telah ada namun belum mencukupi dan agensi terlibat termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang melakukan penambahbaikan berhubungnya.

“Tidak boleh janji tahun ini tetapi kita cuba secara gigihnya (melaksanakan sistem data raya bekalan sayur negara). Ini membolehkan nasihat diberikan untuk mengutamakan sayuran yang akan ditanam pada masa depan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Raja di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kemuning Utama, disini, hari ini.

Mohamad sebelum ini dalam hantaram Facebooknya memaklumkan MAFS perlu mewujudkan sistem data raya untuk mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayur-sayuran di negara ini.

Antara maklumat yang diperlukan adalah jenis sayuran yang sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran.

Dalam perkembangan berlainan, Mohamad menjelaskan bekalan makanan di seluruh negara masih terkawal dengan pemantauan sedang dilakukan sepanjang cuaca panas ini.

“Setakat ini, bekalan mencukupi sepanjang Ramadan dan Syawal ketika ini kecuali kekurangan melibatkan gula di beberapa tempat.

“Namun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menanganinya segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI