fbpx

Lelaki Russia tukar jantina untuk elak berperang di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadet tentera Russia mengambil bahagian dalam latihan untuk perarakan Hari Kemenangan di Dataran Dvortsovaya di Saint Petersburg pada 25 April lalu. - AFP

MOSCOW – Golongan lelaki di Russia terdesak menukar jantina mereka untuk mengelak kerahan menyertai pasukan tentera Presiden Vladimir Putin di Ukraine, demikian menurut laporan akhbar Daily Star semalam.

Moscow akan mengetatkan undang-undang berkaitan jantina untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Menurut Daily Star, Putin setakat ini kehilangan seramai 770,000 askar dalam pertempuran dengan lebih 570,000 anggota tentera cedera teruk dan tidak dapat kembali berperang.

Perkembangan itu didakwa mendorong lebih ramai lelaki Russia mencari jalan untuk mengelak menyertai perang Ukraine.

Menteri kehakiman Rusia, Konstantin Chuychenko berkata, kerajaan mencari ‘langkah ke arah mengekalkan nilai keluarga’ terutamanya di Russia di mana orang ramai boleh menukar jantina dengan hanya mengisi borang tanpa perlu menjalani pembedahan.

“Langkah ini akan membolehkan kami menolak perbuatan menukar jantina semata-mata dengan mengisi borang.

“Seseorang yang menukar jantina dalam pasport tanpa perubahan pada fizikal mereka, boleh berkahwin dan mengambil anak angkat. Ini akan mengakibatkan pelbagai komplikasi undang-undang,” katanya. 

Sesi undian peraturan baharu itu akan diadakan minggu depan dan akan disegerakan melalui Parlimen menjelang 15 Mei ini. 

Menurut statistik rasmi, hanya 2,700 lelaki menukar jantina di Russia antara 2018 hingga  2022, bagaimanapun tiada angka baharu dikeluarkan sejak perang Ukraine tercetus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI