fbpx

Lelaki maut dibaham buaya ketika menjala udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa berjaya dijumpai selepas dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Batang Oya, Dalat, Sarawak, malam tadi.

DALAT – Seorang lelaki meninggal dunia setelah dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Batang Oya malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Dalat berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.34 malam.

Menurutnya, mangsa berusia 58 tahun dari Kampung Boom Oya keluar menjala udang bersama-sama rakannya pada pukul 8.30 malam menggunakan perahu masing-masing.

“Pada kira-kira pukul 10.31 malam, mangsa tiba-tiba menjerit meminta tolong rakannya dan apabila rakannya sampai di perahu mangsa mendapati mangsa telah tiada dalam perahu serta kelihatan seekor buaya telah membaham mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh rakan-rakan mangsa bersama-sama penduduk kampung dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 12.30 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI