fbpx

Belum ada arahan catuan air di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahidi (kiri) bersama Izizam (dua dari kiri) ketika melakukan tinjauan keadaan semasa Empangan Timah Tasoh di Padang Besar, Perlis, hari ini.

PADANG BESAR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan belum ada arahan catuan air untuk kegunaan domestik dikeluarkan walaupun paras takungan Empangan Timah Tasoh sedikit menyusut.

Pengarahnya, Mahidi Mahamood berkata, bacaan semasa paras air di empangan tersebut adalah 27.35 meter (m) dengan kapasiti kira-kira 20 juta meter padu daripada takungan normal 29.1m.

“Buat masa ini, bekalan air di Empangan Timah Tasoh mampu bertahan sehingga dua bulan dalam keadaan panas tanpa hujan sepanjang tempoh tersebut.

“Bagaimanapun, sekarang adalah musim Monsun Barat Daya dan kelazimannya hujan akan turun dalam tempoh beberapa bulan ini dan biasanya tidak akan berlaku krisis air,” katanya ketika ditemui di Empangan Timah Tasoh, di sini, hari ini.

Tambahnya jika hujan turun dalam kuantiti sebanyak 100 milimeter (mm) selama satu hari, paras empangan air itu akan kembali meningkat ke paras normal iaitu 29.1m.

Sebagai rekod, Empangan Timah Tasoh berkeluasan 20 kilometer persegi itu mampu menakung air sebanyak 40 juta meter padu dan ia berfungsi sebagai sumber bekalan air domestik, pertanian dan kawalan banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI