fbpx

16,865 pencari kerja dapat kerja menerusi karnival Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (lima kiri) dan Subahan (tujuh kiri) pada program yang diadakan di Dewan Hamzah,MPK Klang hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG – Seramai 16,865 pencari pekerja telah mendapat pekerjaan menerusi Karnival Kerjaya dan Portal MyFuture Job yang dilaksanakan seluruh negara setakat bulan lalu.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ini memberikan peluang kepada golongan muda dan mereka yang kehilangan pekerjaan kembali dalam industri seterusnya menurunkan pengangguran.

“Peluang kerja sentiasa ada kepada mereka yang sentiasa berusaha memperbaiki kehidupan mereka. Kalau kita tidak mencuba, maka kita tidak tahu berbanding dari asyik merungut.

“Mungkin datang (karnival kerjaya) tidak jumpa yang tepat (majikan) tetapi yang penting ada pengalaman dengan tahu apa yang diperlukan oleh majikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran karnival dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang, di sini hari ini.

Program itu menawarkan lebih 7,000 peluang pekerjaan melibatkan 38 majikan dalam karnival yang berlangsung selama dua hari.

Subahan menjelaskan, berdasarkan rekod juga menunjukkan 294,044 pencari pekerja menerusi anjuran Perkeso telah berjaya menempatkan diri semula dalam dunia pekerjaan di negara ini.

“Saya difahamkan pada hari ini seramai 30 orang telah mendapat kerja dan 155 akan melalui temuduga kedua,” ujarnya.

Mengulas mengenai SKSSR, beliau berkata, seramai 175,999 pencarum aktif sejak skim itu dilancarkan sejak dua tahun lalu dengan caruman hanya RM120 setahun.

Berdasarkan statistik, Sarawak mencatatkan pencarum terbanyak iaitu 43,533 diikuti Sabah (36,951), Terengganu (12,944).

“Kalau hendak mengadu, caruman itu kalau dilihat hanya RM10 sahaja sebulan dengan jumlah itu sangat minimum. Jadi, kita berharap lebih ramai orang akan mencarum yang akan memberikan pelbagai manfaat kepada suri rumah pada masa akan depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI