fbpx

Jenazah dua beradik maut kemalangan di Senawang selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harun Ismail, 68, (dua dari kanan) menyiram air mawar di pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Jenazah dua beradik yang maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang lori di Kilometer 257.4, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Senawang, Negeri Sembilan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tunggal di sini sebentar tadi.

Jenazah Mohd. Husaini Amir Harun, 29, dan adiknya, Muhammad Amirul Syafiq, 25, selamat dikebumikan bersebelahan pusara ibu mereka di tanah perkuburan itu pada pukul 11 malam.

Terdahulu jenazah dua beradik itu tiba di rumah keluarga mereka di Kampung Pengkalan Batu di sini dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 7.20 malam.

Sewaktu kemalangan pada pukul 7.05 pagi itu, Mohd. Husaini Amir dan adiknya, Muhammad Amirul Syafiq dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Senawang dari rumah mereka di Seri Kembangan, Selangor.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y16 ditunggangi mereka dikatakan merempuh bahagian belakang sebuah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI