fbpx

[VIDEO] Treler bawa 6 Proton baharu terbalik, pemandu parah, laluan sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler yang membawa enam kereta terlibat kemalangan di Kilometer 263.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan pagi tadi. - Foto IHSAN POLIS

SEREMBAN – Seorang pemandu treler yang membawa muatan enam buah kenderaan mengalami kecederaan parah di kepala selepas terbabas dan hilang kawalan sebelum tercampak dalam kemalangan di Kilometer 263.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pada pukul 10.15 pagi itu berlaku apabila pemandu treler seorang lelaki berusia 49 tahun sedang membawa muatan enam buah kereta jenama Proton pelbagai jenis yang belum didaftarkan.

“Mangsa seorang diri sedang bergerak dari arah Tanjung Malim menuju ke Johor Bahru.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, treler yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, impak pelanggaran tersebut telah menyebabkan mangsa tercampak keluar dari treler yang dipandunya.

“Sebanyak tiga buah muatan kereta yang dibawa turut tercampak jatuh di atas jalan raya.

“Akibat kemalangan, pemandu treler mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan sedang menerima rawatan di zon merah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI