fbpx

[VIDEO] MB Johor lagi sekali buat lawatan mengejut di BSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz ketika mengadakan lawatan di BSI semalam.

PETALING JAYA – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi mengadakan lawatan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru semalam.

Sebuah video memaparkan situasi ketika lawatan itu menunjukkan Onn Hafiz kecewa dengan keadaan lalu lintas yang sesak ekoran hanya satu lorong sahaja dibuka.

Onn Hafiz kemudian dilihat mengarahkan sebuah kenderaan yang menghalang salah satu lorong motosikal itu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dialihkan bagi mengelak kesesakan.

Sementara itu, beliau menerusi ciapan di Twitter berkata, pihaknya berharap agar kerja-kerja penyelenggaraan di BSI dapat dilakukan dengan lebih efisien.

“Syukur Alhamdulillah. Awal pagi tadi saya sempat meninjau lagi keadaan di BSI.

“Saya yakin bahawa pemantauan dan koordinasi yang baik dapat mengurangkan isu kesesakan ini,” ciapnya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai imigresen dan kastam, petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan semua pihak yang membantu bagi mengurangkan kesesakan.

Terdahulu, beliau sebelum ini membuat pemeriksaan mengejut di fasiliti yang sama menjelang musim perayaan dan menggesa kakitangan supaya lebih bersedia menghadapi kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

@jdt01unite Patutlah orang selalu marah 😩 #MBJohor #BangsaJohor #CIQ #BSI #secondlinkcheckpoint #Singapore #Johor #jdt #fyp #fypage #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – JDT01Unite – JDTUnite0123

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI