fbpx

Perjuangan atlet Malaysia di bumi Kemboja bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada kontinjen negara yang terlibat dalam upacara menaikkan bendera sempena temasya Sukan SEA Kemboja 2023 di pekarangan Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh semalam.

SERAMAI hampir 300 atlet dan pegawai telah selamat berada di bumi Kemboja untuk mengharungi temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan membuka tirai secara rasmi bermula 5 hingga 17 Mei ini.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Sea Kemboja, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, semua pihak berada dalam keadaan terkawal dengan isu berbangkit sudah pun di­selesaikan oleh pihak penganjur.

“Hampir 300 atlet dan pegawai sudah berada di Kemboja sejak beberapa hari lalu dan kebanyakan mereka tinggal di perkampungan sukan selain sebahagian lagi ditempatkan di sekitar hotel di Phnom Penh.

“Ada juga beberapa kumpulan atlet serta pegawai yang akan tiba hari ini (semalam) tetapi mereka akan terus terbang ke wilayah Siam Reap dan Sihanoukville kerana ada acara yang turut dilangsungkan di sana.

“Buat masa ini, semua berada dalam keadaan baik meskipun ada isu kecil tetapi perkara tersebut telah diatasi oleh pingak penganjur.

“Apa yang penting, pusat kesihatan sudah boleh digunakan untuk kegunaan atlet dan apa yang boleh saya katakan kami semua sudah settle down (bersedia penuh) untuk harungi temasya kali ini,” katanya.

Mohd. Nasir ditemui ketika Majlis Upacara Menaikkan Bendera sempena Sukan SEA Kemboja 2023 di pekarangan Stadium Nasional, Morodok Techo semalam.

Dijangka seramai 927 orang melibatkan 676 atlet dan 251 pegawai serta barisan kejurulatihan yang mewakili kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan berprestij itu kali ini.

Sasaran yang diletakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada edisi ke-32 kali ini adalah sebanyak 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa tanpa sebarang kedudukan keseluruhan yang spesifik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI