BINTANG terkenal Blackpink iaitu Jennie menyita perhatian ramai apabila pertama kali tampil dalam acara fesyen terbesar, Met Gala yang berlangsung di New York baru-baru ini.
Menerusi acara yang bertemakan Karl Lagerfeld: The Line Of Beauty, Jennie tampil menggayakan gaun pendek berwarna putih jenama mewah terkemuka, Chanel yang dihiasi bunga ros putih pada baju dan bahagian kepalanya.
Fesyennya dilengkapkan dengan sarung tangan dan stoking hitam sehingga ada yang menggelarkannya sebagai ‘Human Chanel’.