fbpx

Malaysia ‘berdebar’ tunggu undian Piala Asia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bersama delegasi media Malaysia ke temasya Sukan SEA Kemboja 2023 pada majlis makan malam di Phnom Penh malam tadi.

PHNOM PENH – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima dengan ‘tangan terbuka’ apa sahaja keputusan undian melibatkan skuad Harimau Malaya pada kejohanan Piala Asia Qatar 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mei depan di Doha.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon hanya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan selain perlu melakukan persiapan rapi sebelum ke Qatar nanti.

“Bagi undian Piala Asia 2023, secara peribadi saya tidak kisah (dengan keputusan) dan kita tunggu sahaja apabila majlis undian dilakukan pada 11 Mei nanti.

“Apa yang penting kita siapkan pasukan. Malaysia berada di balang 4 dan mungkin akan bertemu pasukan seperti Jepun atau Uzbekistan.

“Jadi, kita perlu melakukan persedian penuh untuk melawan negara-negara seperti ini. Namun, Pan-gon dan barisan teknikal teknikal hanya boleh merancang dengan lebih dekat selepas undian dilangsungkan,” katanya.

Hamidin yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ditemui ketika majlis makan malam bersama delegasi media Malaysia ke temasya Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh sebentar tadi.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya berjaya layak secara merit ke kejohanan bola sepak paling berprestij Asia itu buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun.

Malaysia telah beraksi di pentas Piala Asia sebanyak tiga kali dalam sejarah penganjuran dengan kali terakhir dilakukan pada edisi 2007 dengan status tuan rumah bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI