fbpx

Lebih 100 warga Malaysia di New Zealand ‘beraya’ dengan Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (tengah) ketika menyantuni sebahagian diaspora Malaysia pada sesi ramah mesra di Wellington, New Zealand semalam. - Foto WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkesempatan meraikan lebaran dengan lebih 100 warga Malaysia setibanya beliau ke New Zealand semalam.

Menerusi hantaran dalam akaun sosialnya, beliau berkata, sesi ramah mesra bersama diaspora Malaysia itu diadakan bersempena lawatan kerja julung kali ke negara tersebut.

“Ia dihadiri rakyat Malaysia termasuk pelajar dan komuniti perniagaan. Saya percaya sesi seperti ini menguatkan ukhuwah walaupun mereka ada jauh di perantauan,” katanya.

Zambry mengadakan lawatan kerja pertama selama tiga hari ke New Zealand sejak dilantik menyandang jawatan yang turut diiringi para pegawai kanan dari Kementerian Luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI