fbpx

Kerajaan beri jaminan tiada lagi isu tiket penerbangan mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika melawat melawat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu hari ini. - Foto Jabatan Penerangan

PAPAR – Kerajaan memberi jaminan tiada lagi masalah timbul berkaitan isu tiket penerbangan mahal dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak pada musim perayaan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sudah berbincang dengan syarikat penerbangan dan berharap mereka tidak menggunakan asas penetapan harga tiket penerbangan hanya berdasarkan permintaan dan penawaran.

“Mesti ada juga unsur tanggungjawab sosial korporat (CSR). Oleh itu, perkara ini dapat diatasi dengan segera dan kami (kerajaan) amat prihatin dengan permasalahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan, kerajaan bakal memantau harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak dari Semenanjung menjelang perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang bakal disambut menjelang hujung bulan ini dan awal bulan depan.

“Kita akan lihat pada Hari Kaamatan dan Gawai nanti supaya masalah ini (harga tiket penerbangan) tidak timbul lagi.

“Saya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan memantau supaya perkara ini dilaksanakan sepenuhnya,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan kerajaan Sarawak menubuhkan syarikat penerbangan butik, Ahmad Zahid memaklumkan, Perdana Menteri pada dasarnya bersetuju dengan cadangan berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan antara Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI