fbpx

Janji padam video, lepas ‘kantoi’ rakam wanita di tandas awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian wanita tersebut di TikTok.

PETALING JAYA – “Aku padam kak.” Demikian rayuan seorang lelaki berusia 20 tahun yang mahu dirinya dilepaskan setelah perbuatan jijiknya disedari mangsa.

Mangsa seorang wanita berkongsi pengalaman diganggu lelaki berkenaan ketika menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini menerusi hantaran di akaun TikTok @ellejohniasmat.

Menurut wanita itu, sekitar pukul 12.50 pagi waktu kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu bersama keluarganya mengambil keputusan untuk berhenti seketika di stesen minyak tersebut kerana ingin menggunakan tandas sebelum menyedari dirinya telah dirakam oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya pergi ke tandas wanita dimana ada dua tandas di dalam. Saya pergi ke tandas paling hujung, tapi malangnya tandas tersebut terkunci, mulanya saya berfikir pihak stesen minyak mengunci dan saya pergi ke tandas sebelah.

“Saya terlihat kelibat bergerak-gerak di tandas sebelah. Saya mula pelik sebab bunyi air sdi sebelah pun tiada, saya berasa seram terdetik dalam hati untuk menoleh ke atas tandas (jenis tandas terbuka atas dan bawah) alangkah terkejutnya saya apabila melihat kamera telefon menghala tepat ke arah saya,” katanya.

Bercerita lanjut, wanita itu dengan pantas bersiap-siap dan terus pergi ke tandas sebelah untuk memaksa individu di dalam untuk keluar dan terkejut melihat si pelaku adalah seorang lelaki.

Wanita itu bagaimanapun terus memanggil suaminya yang berada di kereta dan sempat merampas telefon bimbit berkenaan sebelum menyerahkan kedua-duanya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, dia sempat menasihati kaum wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati ketika berada di mana-mana termasuklah sewaktu menggunakan tandas awam.

“Saya minya hantaran ini ditularkan agar tiada lagi wanita-wanita di luar sana yang menjadi mangsa seperti saya. Mohon jadi iktibar dan hati-hati menggunakan tandas awam,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI