fbpx

Iqram Dinzly temui keseimbangan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQRAM kini ingin dikenali dengan nama IQ Dinzly kerana nama pentas lama terlalu 'berat' untuk dipikulnya.

AMPANG – Pernah suatu ketika dikatakan tidak waras atau gila, pelakon Iqram Dinzly memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi apabila kini sudah bertemu dengan tujuan hidup.

Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, dia kini sudah berdamai dengan takdir dan bertemu dengan keseimbangan hidup.

“Alhamdulillah, Allah bagi saya keseimbangan dalam kehidupan. Dulu orang mungkin tak faham apa di sebalik tindak-tanduk seseorang.

“Kalau dulu, saya sibuk dengan perihal industri (lakonan), sekarang Allah luaskan lagi pemandangan saya untuk melihat dunia.

“Saya nak gunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang figura terkenal dalam dunia media sosial dan perniagaan. Insya-Allah,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Global Station, di sini, semalam.

Mengulas tentang penampilannya sekarang yang lebih terurus dan tampan, Iqram, 41, tidak menafikan sangat merindui bidang lakonan.

IQRAM sebelum ini pernah menggegarkan dunia hiburan tanah air dengan ‘terjemahan’ pelbagai karakter khususnya dalam media sosial yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya. – ARKIB MEDIA MULIA.

Sungguhpun begitu, dia ingin menjenamakan dirinya semula sebagai seorang pelaku seni dengan nama yang baharu iaitu IQ Dinzly.

“Masuk semula dalam industri lakonan sebagai Iqram Dinzly, tak mungkin kot. Tapi, saya akan ‘rebrand’ nama baharu sebagai IQ Dinzly. Jadi, Iqram Dinzly takkan wujud lagi.

“Sebabnya, nama Iqram Dinzly terlalu ‘berat’ untuk dibawa. Terlalu banyak sangat sejarahnya. Sejarah manis, duka dan lara. Banyak sangat.

“Jadi, untuk saya bergerak ke hadapan, saya nak kena buang ‘beban’ yang lama. Tak boleh bawa nama Iqram Dinzly.

“Sekarang saya cuma nak jadi lampiran untuk mereka di luar saya bagaimana nak keluar daripada masalah-masalah penyakit mental,” ujarnya.

Terdahulu, Iqram pernah mencetuskan sensasi dalam dunia hiburan tanah air apabila beraksi seperti individa tidak waras dalam media sosial termasuk pernah didakwa mempersendakan agama Islam dan aksi-aksi anehnya.

Dia juga sering mencetuskan kerisauan dalam kalangan netizen apabila selalu menari-nari dalam laman sosial seperti Instagram tanpa sebarang motif.

Disebabkan apa yang berlaku, ramai netizen menggelarkannya gila dan sedang bergelut dengan masalah depresi.

Bagaimanapun, Iqram mendapat sokongan kuat rakan-rakan artis yang mengenalinya secara peribadi dan mereka percaya dia bertindak sedemikian hanyalah untuk berekspresi semata-mata bukan untuk menarik perhatian media mahupun mencipta publisiti murahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI