fbpx

Hati-hati dengan fitnah akhir zaman – Miera Liyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIERA LIYANA

PETALING JAYA – Nama Miera Liyana menjadi perbualan hangat dalam platform media sosial apabila aktres itu memuat naik status seakan-akan memberi respons terhadap kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh suaminya, Rosland Othman dan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.

Miera Liyana atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi berkata, setiap perkara pasti mempunyai dua sisi cerita yang berbeza yang tidak diketahui oleh orang luar dan berharap kebenaran akan terungkap pada suatu hari nanti.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Johor Bahru itu menitipkan pesanan supaya mereka berkaitan agar tidak terlalu taksub mengejar populariti atau gila glamor sehingga menyebarkan perkara yang tidak berasas.

Dia juga menasihatkan supaya berhati-hati dengan fitnah akhir zaman namun tidak memperincikan atau menyebut nama mana-mana pihak tentang kenyataan yang ditulisnya itu.

“Akan sentiasa ada dua sisi dalam sebuah cerita. Jangan nak gila glamor. Suatu hari nanti, kalian akan mengetahui kebenarannya. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.

“Sekian dari Miera Liyana, nak masak kejap untuk suami dan anak-anak. Selamat tinggal,” tulisnya menerusi Instagram.

Terdahulu, madu kepada Miera Liyana, Adibah Abdul Mutalib tampil mahu mempertahankan rumah tangganya bersama Rosland meskipun perkahwinan mereka didakwa diduga sejak dua tahun lalu apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada tahun 2020.

Rentetan itu, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 31 Januari lalu, Rosland yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Consolidated Industries Bhd. milik syarikat Serba Dinamik, gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Rosland berkahwin dengan isteri pertamanya pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.

Dia kemudian berkahwin dengan Miera Liyana pada 25 Julai 2020 dan hasil daripada pernikahan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 3 tahun – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI