fbpx

Hampir seluruh negara dilanda hujan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir seluruh negara kecuali Sabah dan Perlis sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dijangka di negeri Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Sehubungan itu, cuaca sama dijangka di tiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Setiu dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin).

Seterusnya, angin kencang diramal bagi Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) dan seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang serta Melaka.

Bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) manakala bagi Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara di Sarawak pula, hujan lebat dijangka di sekitar kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI