fbpx

Ayah dah tak sakit lagi okey – Anak Ridzuan Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYA terakhir Diayan bersama bapanya, Ridzuan Hashim.

PETALING JAYA – “Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya.”

Demikian ungkap anak perempuan pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Diyana Ridzuan selepas kehilangan bapa tercintanya hari ini.

Menurut Diyana, pemergian Ridzuan ibarat membawa separuh nyawanya.

“Minta sedekahkah al-Fatihah untuk ayah saya. Ayah, ini foto terakhir kita bersama.

“Beritahu saya bagaimana untuk menjadi kuat selepas semua yang saya lakukan adalah untuk ayah. Tak kuat tetapi tak mengapa, ayah sudah tidak sakit lagi okey,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Meskipun berduka, Diyana tetap reda dengan ketentuan Ilahi yang menjemput pulang bapanya ke negeri abadi.

TANGKAP layar luahan Diyana selepas kehilangan bapa tercinta hari ini.

“Saya reda ayah tetapi di mana saya nak cari semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh jika semuanya memang untuk ayah.

“Saya paling rapat dengan ayah. Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya,” ujarnya.

Lebih memilukan, Diyana turut berkongsi foto raya terakhirnya bersama Ridzuan yang dirakam pada 24 April lalu.

Hari ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Ridzuan Hashim, 62, yang dilaporkan meninggal ketika bersarapan pagi tadi di rumahnya.

Allahyarham yang cukup ikonik dengan karakter King menerusi filem KL Gangster itu berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 namun disahkan bercerai pada 2002.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Didie selama 11 tahun, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sepanjang karier seninya, Allahyarham pernah menjadi kegilaan ramai usai lakonan filem Hati Bukan Kristal yang melayakkan diri dijulang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia kesembilan pada 1992. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI