PETALING JAYA – Hubungi pihak insurans selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya bagi mengelak ditipu oleh ejen ‘towing’.
Menerusi video perkongsian oleh Misha Aishah, dia hampir ditipu oleh ejen ‘towing’ selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Menurutnya, seorang ejen ‘towing’ lelaki memujuknya untuk menguruskan kenderaannya dari Melaka ke Seremban.
Bagaimanapun, katanya, cas yang dikenakan tidak masuk akal sehingga mencecah RM600.
Dia yang curiga dengan harga yang dikenakan bertindak menghubungi pihak insuran.
“Tawar-tawar abang tu nak bagi RM500, bila hubungi pihak insuran, baru RM120,” luahnya.
Katanya lagi, ejen `towing’ berkenaan juga bersikap tidak bertanggungjawab dengan cuba menipu mengenai keadaan keretanya.
“Dia kata kereta dah rosak teruk, tak boleh jalan dan radiator dah pecah. Tapi itu sebenarnya ‘trick’ dia.
“Kereta aku masih boleh jalan, ulang alik dari Melaka ke Seremban, kereta masih okey lagi. Suhu kereta pun masih elok,” luahnya.
Dia turut menasihatkan kepada ejen `towing’ untuk tidak menipu dalam mencari rezeki dan mengingatkan kepada orang ramai untuk terus hubungi pihak insuran sekiranya terlibat dalam kemalangan.
Perkongsian itu menjadi tular di TikTok dengan tontonan sebanyak 159,700, 8,935 tanda suka dan 221 komen. – KOSMO! ONLINE