fbpx

Tiga meriam buatan sendiri ditemui di Jalan Klang Lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga paip plastik (PVC) yang diubah suai menjadi bom buatan sendiri di hadapan sebuah kedai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menjumpai tiga paip plastik (PVC) yang diubah suai menjadi meriam buatan sendiri di hadapan sebuah kedai di Jalan Klang Lama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dua suspek terlibat dikesan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Pengadu merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun menerima panggilan daripada pengawal keselamatan memaklumkan berlaku letupan kecil di hadapan kedainya pada pukul 6 pagi.

“Pemeriksaan dilakukan unit pemusnah meriam (UPB) polis, forensik dan bomba menjumpai tiga paip PVC warna putih yang diubah suai menjadi bahan letupan.

“Pemeriksaan pada paip PVC menjumpai alat Improvised Explosive Device (IED) dengan kawalan jauh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, hasil siasatan lanjut, polis menemui serpihan letupan di tempat kejadian dan berjaya mengesan tiga kesan cap jari pada serpihan berkenaan.

Amihizam berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek terbabit sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI