fbpx

[VIDEO] Tiga individu bawa lari tabung masjid diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan dua individu memecahkan tabung masjid dan melarikannya di sebuah masjid Jalan SS 7/8 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Kelmarin.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan tiga individu dipercayai terlibat kes mencuri tabung kutipan duit, di masjid Jalan SS 7/8 Kelana Jaya, di sini, Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang petugas masjid berhubung kejadian itu, Isnin lalu.

Menurut beliau, setelah selesai menunaikan solat subuh bersama jemaah lain, mereka mendapati tabung masjid yang berada di pekarangan masjid telah tiada.

“Hasil semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati tiga suspek tidak dikenali telah masuk ke dalam masjid menggunakan pemotong besi dan melarikan diri bersama tabung tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Fakhrudin, anggaran kerugian yang dialami masjid tersebut sekitar RM400.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan,” ujar beliau.

Terdahulu, tular di Twitter video berdurasi 1 minit 32 saat yang memaparkan dua individu bertindak memecahkan kunci sebuah tabung kutipan derma sebuah masjid menggunakan besi pemotong dan melarikannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI