PETALING JAYA – Seorang pemandu nekad meninggalkan keretanya di tengah jalan selepas dihalang sebuah kenderaan kerana bimbang disamun dalam kejadian pada waktu malam di Jalan Gua Musang menghala ke Pulai, Kelantan baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @Bie Hassan memaparkan keretanya tiba-tiba ditahan oleh sebuah kereta berwarna ungu di tengah jalan.
“Keliru ni, hantu ke manusia? Yang tiba-tiba sekat jalan tu dah kenapa? Takut samun je,” katanya di kapsyen.
Menjengah ke ruang komen, majoriti orang ramai menyatakan berkemungkinan itu suatu perbuatan khianat.
“Hati-hati jalan ni memang banyak orang kena samun,” kata Dsham.
“Jangan berhenti, selagi boleh, jalan je terus, bahaya lah, banyak kes samun zaman ni sis,” nasihat Tan.
“Aku lebih rela jumpa hantu daripada jumpa penyamun,” ujar seorang pengguna.
Ada juga yang menyangka kereta yang mencurigakan itu mahu membuat pusingan berpaling (U-turn).
“Orang ‘u-turn’ tu silap jalan, semenjak ada lencongan jalan di Gua Musang,” kata Nik.
“Kalau betul dia nak ‘u-turn’, tak perlu tunggu lama. Sebab masa itu lama juga saya tunggu. Dia tak ‘u-turn’ pun. Bila saya nak lalu ikut belakang, dia mengundur tiba-tiba tak bagi lalu,” balas pemandu kenderaan. – KOSMO! ONLINE
@biehassan confuse ni. Hantu ke manusia? Yg block jln tu da kenapa ? Tkut samun je 😭 #fyp #samun #guamusang #kelate ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound