fbpx

Syamel, Ernie simpan awal untuk tabungan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamel mahu anaknya, Khawla mengikut jejak ibunya, Ernie yang bijak menguruskan kewangan dan menabung untuk masa depan.

Bagi keluarga yang memiliki cahaya mata, tabungan awal khusus untuk tujuan pendidikan anak-anak adalah amat penting bagi menjamin masa depan mereka yang lebih cerah.

Tidak terkecuali penyanyi popular Syamel dan Ernie Zakri yang turut membuat simpanan khas sebagai persediaan awal bagi permata hati mereka, Nur Khawla Soleha yang kini berusia setahun.

Bagi Syamel, sebagai bapa dia mengakui tidak mempunyai apa-apa simpanan yang boleh menjamin masa depan cerah mereka.

Justeru, dia perlu mengambil langkah bijak membuat tabungan awal khusus untuk anaknya supaya dapat memberi jaminan hidup yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

“Memang kami tiada apa-apa simpanan yang boleh menjamin masa depan. Namun apa yang boleh kami lakukan adalah dengan membuat tabungan anak untuk masa depannya yang lebih baik.

“Itu perkara nombor satu (utama) yang perlu kami buat sekarang untuk kepentingan Khawla apabila besar nanti,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Syamel menerangkan, tabungan berkenaan penting bukan sahaja untuk tujuan pendidikan anaknya tetapi untuk kecemasan.

“Kita tidak tahu 10 tahun akan datang apa yang mungkin dia perlukan. Apabila sudah sampai masanya, sekurang-kurangnya kami sudah ada tabungan untuk pembiayaan pendidikannya apabila diperlukan nanti,” tegas Syamel.

Pada masa sama, pelantun lagu Lebih Sempurna itu berkata, simpanan pembiayaan yang dibuat untuk anaknya itu juga penting untuk memastikan masa depannya lebih terurus.

“Tabungan untuk anak-anak ini pula bergantung pada kemampuan seseorang. Bagi saya, kami tidak menetapkan satu amaun tertentu yang disyaratkan untuk dijadikan simpanan.

“Ikut kemampuan sebenarnya. Kalau tidak dapat menabung banyak, sedikit pun sudah memadai. Dalam menguruskan kewangan keluarga, sebenarnya isteri saya, Ernie lebih bijak menabung sebenarnya.

“Jadi saya akan pastikan Khawla akan mengikut jejak langkah seperti ibunya dalam menabung dan menguruskan kewangan,” jelas Syamel.

Bercakap tentang simpanan untuk anak-anak, antara tabung simpanan yang menjadi pilihan masyarakat adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN). Bersempena raya tahun ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Cabutan Wow! Syoknya Raya.

Kempen ini adalah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan. Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai hampir RM50,000 untuk dimenangi oleh 23 pemenang.

Kempen Cabutan Wow! Syoknya Raya ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN sedia ada dan baharu.

Pendeposit perlu membuka akaun Simpan SSPN atau membuat tambahan deposit dengan jumlah minimum hanya RM50.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi myPTPTN. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI