fbpx

Skuad muda Harimau Malaya buru ibu segala pingat di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-22 negara giat menjalani latihan menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan B Sukan SEA Kemboja 2023 bertemu Laos di Stadium Visakha, Phnom Penh malam ini.

TIADA jalan lain menjadi pilihan skuad bola sepak kebangsaan selain memburu tiga mata sebagai pembakar semangat menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan B Sukan SEA 2023 bertemu Laos di Stadium Visakha, Phnom Penh malam ini.

Demikian pandangan kapten skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Mukhairi Ajmal Mahadi yang menyeru agar rakan-rakan sepa­sukan memanfaatkan setiap peluang untuk melakar kemenangan dalam usaha mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.

Pemain tengah skuad Selangor FC itu berkata, aksi menentang Laos cukup penting kerana ini bakal menjadi titik permulaan buat pasukan yang meletakkan harapan tinggi untuk meraih kilauan pingat pada temasya dwitahunan Asia Tenggara itu kali ini.

“Perlawanan pertama pada mana-mana kejohanan sudah pasti cukup penting buat kita dan tiada keputusan lain yang kita buru selain tiga mata berharga apabila bertemu Laos nanti sekali gus memulakan saingan dengan langkah kanan.

“Laos sudah beraksi lebih awal pada minggu lalu (tewas kepada Vietnam 0-2) dan pasti­nya menjadi kelebihan buat kita melakukan sedikit kerja rumah untuk meneliti taktikal pasukan lawan.

“Dalam masa yang sama, saya harap pemain tidak mengambil mudah dan kita perlu bermain sebagai satu pasukan untuk memastikan keputusan positif berjaya dilakar,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Mengulas lanjut, Mukhairi berharap kekurangan tempoh menjalani sesi latihan bersama skuad muda Harimau Malaya tidak menjadikan pasukan lemah termasuk hanya berangkat ke Kemboja sehari sebelum perlawanan bermula.

“Saya baru sahaja menyertai pasukan selepas aksi ter­akhir bersama Selangor FC ketika bertemu Sabah FC sebelum ini. Namun, itu bukan alasan untuk saya tidak menyerap taktikal pasukan.

“Malah, jika ditanya mengenai kelewatan kita berangkat ke Kemboja juga bukanlah satu isu kerana pemain sudah biasa untuk bertolak sehari sebelum perlawanan sewaktu aksi tempat lawan saingan Liga Super di peringkat kelab sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI