fbpx

Sejuta lebah terlepas di lebuh raya akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah trak yang membawa lebah terlibat dalam kemalangan, menyebabkan kira-kira sejuta serangga itu terlepas di di Lebuh Raya 301, Mukim Duval semalam. - Foto ClickOrlando

MIAMI, Florida – Satu kekecohan berlaku di Florida, Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira sejuta lebah dipercayai terlepas di sebuah lebuh raya selepas sebuah lori merempuh sebuah trak yang mengangkut serangga itu semalam, lapor laman berita New York Post.

Insiden yang tidak dapat dielakkan itu berlaku sekitar pukul 3.15 pagi (waktu tempatan) di Lebuh Raya 301, Mukim Duval.

Menurut Peronda Lebuh Raya Florida, sebuah lori yang dikendalikan oleh seorang pemandu berusia 26 tahun merempuh trak yang mengangkut timbunan sarang lebah yang mana terdapat sejuta haiwan itu, lapor stesen ClickOrlando.

Kesan pelanggaran tersebut menyebabkan serangga itu mengerumuni lebuh raya tetapi pegawai polis berkata, lebah itu tidak agresif.

“Terdapat beribu-ribu lebah di kawasan itu selepas perlanggaran,” kata polis peronda dalam satu laporan nahas.

Seorang penternak lebah kemudian dipanggil untuk mengumpulkan semula serangga-serangga yang terlepas itu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI