fbpx

[VIDEO] Rumah sembelih ayam pamer logo halal keliru diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa bersama ADUN Bayan Lepas ketika serbuan di sebuah rumah penyembelihan ayam di Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam tadi.

BALIK PULAU – Sebuah rumah yang dijadikan sebagai pusat penyembelihan ayam di Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar di sini diarah tutup selama dua minggu selepas didapati beroperasi dalam keadaan tidak bersih selain dipercayai menggunakan logo halal yang mengelirukan.

Dalam operasi tersebut, turut ditemui adalah ayam yang telah disembelih serta dibiarkan bergelimpangan di atas lantai simen premis dan penutupan dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Barat Daya, malam tadi.

Terdahulu, premis itu diserbu dalam satu operasi bersepadu yang disertai oleh PKD Barat Daya, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP).

Turut serta dalam operasi itu adalah Bahagian Pengurusan Halal (BHP) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi lain.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) BPH JHEAINPP dalam satu kenyataan memberitahu, selain beroperasi dalam keadaan tidak bersih, pusat penyembelihan ayam itu juga dikesan telah melakukan kesalahan ketika mempamerkan logo halal pada papan tanda premis berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak syarikat (pemilik premis) telah diberi notis dan teguran untuk menanggalkan dan membuang logo halal serta perbahasan penandaan halal yang tertera di papan tanda jualan dengan segera.

“Tindakan (kemudian) telah diambil oleh pihak syarikat,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang turut serta dalam operasi itu menzahirkan rasa dukacitanya kerana pemilik premis itu merupakan seorang yang bukan beragama Islam dan mengupah penyembelih warga asing untuk menjalankan operasi di situ.

Menurutnya, hasil sembelihan itu pula telah dipasarkan di Pasar Tanjung Bungah dengan tidak bertanggungjawab apabila menggunakan logo halal yang jelas mengelirukan pembeli beragama Islam. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonlineKEADAAN ketika serbuan dijalankan pihak berkuasa bersama ADUN Bayan Lepas di sebuah rumah penyembelihan ayam milik pengusaha bukan Islam yang dipercayai telah menggunakan sijil Halal meragukan di Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar malam tadi.

♬ original sound – Kosmo!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI