fbpx

Puteri Balqis sudah ada kekasih, berkawan sejak kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI BALQIS

PETALING JAYA – Tidak pernah menyembunyikan identiti kekasihnya, pelakon berbakat, Puteri Balqis menganggap perbezaan usia jejaka bernama Bryan Herbet empat tahun lebih tua daripadanya bukan satu isu besar.

Puteri Balqis Azizi, 16, berkata, mereka saling mengenali sejak zaman kanak-kanak, namun terpisah sehingga lelaki itu menghubunginya semula pada tahun lalu seterusnya mencetuskan bibit-bibit cinta.

“Kami kenal sewaktu saya berusia sembilan tahun. Kiranya kawan lama, kemudian persahabatan kami renggang.

“Ini kerana keluarga berpindah dan sebagainya, jika dihitung sudah bertahun-tahun kami tidak berhubung sehingga tahun lalu (hubungi semula).

“Apabila Bryan dapat mencari saya, dari situ kami berkawan semula dan semakin rapat. Sudah hampir setahun kami bercinta.

Bagi saya jurang umur kami tidak terlalu jauh. Oleh kerana itu kami ‘sekepala’ serta saling memahami sebab kenal sejak kecil,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini

Pada Mac lalu, Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu berkongsi gambar bersama lelaki berdarah kacukan berusia awal 20-an yang dikatakan teman lelakinya.

Biarpun sudah memadam hantaran di aplikasi TikTok, ramai peminat memuji keserasian dan mendoakan hubungan pasangan itu berjalan lancar.

Menyentuh mengenai hubungan yang mendapat restu ibunya, Puteri Balqis memberitahu, kehadiran Bryan menjadi penguat semangat ketika dia berdepan cabaran.

“Dia kenal saya dan cukup memahami. Perjalanan kami masih jauh, cuma saya boleh katakan Bryan antara penyuntik kekuatan selain mama dan pengurus.

“Mereka insan terdekat yang ada di sisi, saat saya berada dalam situasi sukar,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Puteri Balqis mengakui memadam komen netizen yang kerap menyamakan dirinya seperti selebriti lain.

Mereka tidak tahu betapa terlukanya saya. Anda rasa saya bangga? Tidak,” katanya menerusi InstaStory semalam.

Tidak menamakan selebriti itu, Puteri Balqis memberitahu, dia tidak rasa bangga dengan persamaan tersebut.

Menerusi perkongsian sama, Puteri Balqis juga mencetuskan tanda tanya apabila mendedahkan tidak memaafkan pihak yang pernah melakukan sesuatu terhadapnya sebelum ini.

“Saya tak mahu melihat nama mereka dalam akaun media sosial saya. Malah, tidak pernah lupa dengan hal yang mereka lakukan terhadap saya,” katanya tanpa berkongsi mengenai perkara yang pernah berlaku ke atasnya kepada umum.

Sebelum ini, Puteri Balqis kerap disamakan dengan pelakon Aedy Ashraf serta selebriti luar iaitu Avril Lavigne dan Vanesha Prescilla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI