fbpx

Pesakit batuk kokol disaran banyak minum air kosong, jus dan sup 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbanyakkan minum air kosong, jus dan sup sebagai rawatan sampingan bagi merawat batuk kokol.

Menurut pakar kesihatan, Doktor Samhan, pesakit batuk kokol perlu makan dalam kuantiti yang sedikit.

“Amalkan gaya hidup sihat. Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk,” katanya.

Tambah beliau, udara yang bersih dan bebas asap juga penting bagi mengelakkan batuk yang teruk daripada terjadi semula.

“Bersihkan udara adalah perlu. Hapuskan bahan penggalak kepada batuk seperti tembakau, asap, dan kepulan daripada tempat pembakaran,” katanya.

Doktor Samhan turut menasihati orang ramai sentiasa menutup mulut ketika batuk dan kerap cuci tangan bagi menghalang jangkitan merebak.

Perkongsian itu menjadi tular di aplikasi Twitter dan mendapat 30,800 tontonan, 30 ulang ciap dan 40 tanda suka.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, batuk kokol atau pertussis boleh mengakibatkan radang paru-paru, otak dan sawan dan mudah berjangkit serta boleh membawa maut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI