fbpx

Pelajar Malaysia dapat markah kedua tertinggi dunia peperiksaan FA1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Julea mendapat markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi dunia dalam peperiksaan FA1 pada sesi Mac 2023.

PETALING JAYA – Penuntut Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak, Julea Qiestyna Abu Zar melakar sejarah tersendiri apabila mendapat markah tertinggi bagi kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1) pada Sesi Mac 2023.

Menurut perkongsian di Facebook rasmi UiTM cawangan Perak, pelajar tersebut memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia.

Difahamkan, pelajar terbabit menerima anugerah ‘Paper FA1 Winner’ itu pada 20 April lalu.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah turut mengucapkan tahniah kepada pelajar tersebut.

“Sekalung tahniah buat saudari Julea Qiestyna pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM Perak dan seluruh warga UiTM cawangan Perak.

“Besar harapan saya dapat melihat para graduan terutama anak kelahiran Perak dapat menempah nama di peringkat kebangsaaan mahupun luar negara. Syabas dan tahniah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI