fbpx

Nikita Mirzani enggan pulangkan cincin berharga RM758,929 kepada bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nikita Mirzani (kiri) enggan memulangkan cincin perkahwinannya dengan bekas suaminya, Antonio Dedola. - Foto Toni Dedola

JAKARTA – Aktres Indonesia, Nikita Mirzani diminta oleh bekas suaminya untuk mengembalikan cincin perkahwinannya yang bernilai 2.5 bilion rupiah (RM758,929) selepas mereka bercerai, lapor laman berita Tribun Lampung hari ini.  

Berikutan permintaan bekas suaminya itu, Antonio Dedola, Nikita menyatakan bahawa cincin perkahwinan tidak boleh dikembalikan walaupun selepas perceraian.

Menurut pelakon tersebut, Antonio yang berasal dari Jerman telah tinggal di Indonesia selama 10 bulan, tetapi hanya tiga kali memberikan nafkah kepadanya yang merupakan ibu kepada tiga orang anak.

“10 bulan dia tinggal di sini, memang betul dia bekas polis tapi dia cuma ‘transfer’ (memindahkan wang) tiga kali, 20 juta rupiah (RM6,071), 20 juta rupiah, 20 juta rupiah, jadi 60 juta rupiah (RM18,214),” katanya.

Menurut laman berita Detik, aktres itu berkahwin dengan bekas suaminya yang juga merupakan bekas pelumba MotoGP pada Januari lalu dan BangkaPos melaporkan dia juga sudah memeluk agama Islam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI