fbpx

Merana 20 tahun hidu bau sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA penduduk menunjukkan longgokan sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna di tapak pembuangan sampah berhampiran jalan masuk ke Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini terpaksa menghidu bau busuk sampah dari tapak pembuangan yang terletak di tepi jalan masuk ke kampung mereka sejak 20 tahun lalu.

Difahamkan, pelbagai sisa sampah penduduk yang dikutip dari kawasan Dabong, Kuala Krai dibuang ke tapak pelupusan sampah itu yang terletak di sempadan daerah Gua Musang.

Penghulu Kampung Pasir Linggi, Harun Ismail berkata, kea­daan bertambah teruk apabila cuaca hujan, menyebabkan bau busuk merebak ke kawasan ­penempatan penduduk.

Katanya, sebelum ini, dia ­telah membuat aduan sebanyak lima kali kepada pihak berwajib mengenai masalah berkenaan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dijalankan.

“Kami berdepan masalah sampah yang diletakkan merata-rata tempat sehingga melimpah ke atas jalan masuk ke kampung.

“Saya tidak tahu proses pe­ngendalian sampah itu. Penduduk di sini tidak tahan dan berharap pihak berwajib dapat selesaikan kerja mereka dengan rapi.

“Selain persekitaran kotor, kami juga berdepan masalah bau busuk ketika melalui kawasan tersebut. Masalah ini menimbulkan rasa kurang senang bukan sahaja penduduk, tetapi juga guru yang masuk mengajar anak kami di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi,” katanya.

PENDUDUK Orang Asli menanggung derita 20 tahun hidu bau sampah

Seorang penduduk, Jamal Alias, 42, berkata, longgokan sampah di kawasan tepi jalan itu menyebabkan pencemaran bau dan udara apabila pembakaran sampah secara terbuka turut dilakukan di kawasan berkenaan.

Katanya, kawasan sampah yang busuk itu turut menjadi lokasi pembiakan lalat dan ulat yang dikhuatiri boleh menda­tangkan penyakit.

“Selain itu, longgokan botol plastik, bekas dan sisa makanan telah menarik perhatian haiwan liar seperti anjing dan babi hutan ke kawasan sampah itu.

“Kami yang menggunakan jalan berkenaan untuk membeli bahan makanan pada waktu siang dan malam berasa sangat tidak selesa dengan keadaan itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Amran Arifin berkata, pihaknya telah mengeluarkan perbelanjaan membersihkan laluan ke Kampung Pasir Linggi yang ditutupi oleh semak samun demi kemudahan dan keselamatan pengguna jalan.

“Kerja pembersihan tersebut dijangka mengambil masa tiga hari menggunakan jentolak bermulaKhamis ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI