fbpx

Maut dipanah petir ketika tunggang motosikal ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat dua kesan lubang petir di lokasi kejadian

KUALA LANGAT – Perjalanan seorang pekerja kilang ke tempat kerja berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila dipanah petir dalam kejadian di tepi jalan Kampung Seri Cheeding, Sungai Jarom di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang tersebut, mangsa seorang lelaki berusia 50 tahun maut di lokasi kejadian akibat cedera di leher kanan serta lebam di bahagian perut dan peha akibat kesan panahan petir.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Bandar Mahkota Banting.

Katanya, mangsa yang melalui jambatan Rimbayu ke Ladang Seri Cheeding telah terkena panahan petir lalu jatuh kira-kira 50 meter dari motosikalnya.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri diangkat dan diletakkan di tepi jalan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi ambulans. Terdapat dua lubang panahan petir di atas jalan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, jarak antara lokasi kejadian dan tempat kerja mangsa adalah kira-kira 15 kilometer dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI