PETALING JAYA – Makanan dalam tin antara makanan yang dilarang pengambilannya bagi wanita yang bakal berkahwin untuk mudah hamil.
Menerusi video TikTok yang dikongsi oleh Pengasas syarikat Efferty International Sdn.Bhd, Doktor Raihana Ismail berkata, makanan dalam tin boleh mengakibatkan keradangan aluminium dalam darah yang mengacau hormon.
Selain itu, makanan panas yang dibungkus dalam plastik juga patut dielakkan kerana mengandung Bisphenol A atau (BPA) yang boleh mengganggu hormon estrogen.
Menurut Raihana, estrogen yang berlebihan kepada wanita menyebabkan kilang telur keliru dan tidak merembeskan hormon estrogen sendiri.
“Kilang telur wanita ‘confuse’ rembeskan hormon Androgen, hormon lelaki. Jadi, wanita dah mula ada misai dan janggut,” katanya.
Raihana juga menasihati pasangan yang mahu berkahwin untuk pantau ubat-ubatan yang diambil tiga bulan sebelum bernikah.
“Ubat selsema, steroid dan antibiotik boleh menyebabkan kilang telur mengecut tidak dapat menghasilkan sperma baru bagi lelaki dan wanita, masalah susah untuk bertelur,” katanya.
Perkongsian itu menjadi tular di aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 214,300, 20,100 tanda suka dan 265 komen. – KOSMO! ONLINE