fbpx

Makaf sasar tiga emas Sukan SEA Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AZMI Ahmad (depan, dua dari kiri) menerima replika cek tajaan berjumlah RM1 juta daripada Pengarah Urusan Kumpulan The Roof Realty Sdn. Bhd., Datuk Nicholas Yap (depan, tiga dari kanan) di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) menyasarkan tiga pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja yang akan membuka gelanggang pada 6 hingga 8 Mei ini.

Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, sasaran itu disandarkan kepada acara berkumpulan, satu kategori wanita dan kumite berpasukan lelaki.

“Sasaran kita pada Sukan SEA kali ini adalah tiga emas. Kita menghantar 21 atlet yang akan menyertai acara berpasukan lelaki, wanita dan individu.

“Kita beri fokus kepada pembangunan pasukan dengan penyertaan 60 peratus atlet muda, manakala 40 peratus atlet senior,” katanya pada sidang akhbar selepas penyerahan tajaan Kejohanan Karate Senior Ke-19 dan Karate Para Asian Kedua 2023 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai Kejohanan Karate Asia pada 19 hingga 22 Julai depan di Melaka, Nur Azmi berkata, pertandingan tersebut menjadi medan terbaik kepada atlet negara mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya Sukan Asia Ke-19 di Hangzhou, China yang bermula 23 September depan.

Katanya, sebanyak 45 buah negara telah mengesahkan penyertaan dengan penglibatan lebih 1,500 atlet.

“Pasukan yang menyertai kejohanan ini akan turut bertanding pada Sukan Asia. Setakat ini Malaysia menghantar 15 atlet bertanding. Cuma untuk Para sahaja belum dapat disahkan berapa penyertaan. Kita boleh sahkan 45 negara akan hadir untuk kumite,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI