fbpx

Mahkamah: Siti Bainun tiba di mahkamah dengar keputusan akhir kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun yang hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto oleh FARIZ ROSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hari ini adalah keputusan sama ada Siti Bainun, 31, akan dilepas atau didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down Bella.

Penghakiman itu akan di ditentukan Hakim Izralizam Sanusi diakhir kes pembelaan.

Pada 9 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kesnya apabila peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun memaklumkan kepada mahkamah pihaknya menutup kes selepas saksi pembelaan kelapan selesai memberi keterangan.

Hakim Izralizam kemudian memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis pada 7 April manakala 14 April bagi hujahan balas sebelum memutuskan esok bagi keputusan sama Siti Bainun akan disabitkan kesalahan atau dibebaskan.

Sepanjang perbicaraan kes itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas dan Shakira Aliana Alias.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI